Thursday, September 30, 2010

PeNGaLaMaN KaMi DaN PeSaKiT

Cuba anda bayangkan  bayi  yang berumur 10 bulan terpaksa memakai tiub untuk terus hidup melalui pembedahan dan rawatan hospital ???  adakah itu cara terbaik??  Bukankah akan menyiksa bayi itu sepanjang usianya?? Ada altenatif selain hospital?? Alhamdulillah, Sekarang bayi ini hidup tanpa perlu bergantung kepada tiup selepas menjalani rawatan Perubatan Tok Jingga. Sukar dipercayai tetapi itulah realitinya. Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi. Tidak mustahil bagi Allah S.W.T untuk menyembuhkannya.
Sekiranya anda tidak percaya, anda boleh hubungi kami. Kami akan menunjukkan buktinya.

Untuk cerita selanjutnya klik “ READ MORE 

Pengumpulan cecair dalam otak bayi berumur 10 bulan

Pada bulan oktober 2010, saya menerima deringan telefon dari seorang kawan saya bernama kasman berasal dari Manggeng Aceh, selatan Indonesia. Pada ketika itu beliau berada di medan sumatera utara, di sebuah Hospital Elyzabet  untuk mendapatkan rawatan untuk anak sulung kesayangannya yang  bernama Adam
Ghuffary.  

Pada saat itu doktor mengesahkan bahawa adam menghidapi penyakit “penumpukan cecairan dalam otak”. Hasil kajian doktor di Hospital Elyzabet, adam perlu menjalankan pembedahan dengan cara memasukkan tiub ke otak, yang disalurkan menerusi perut melalui pembuangan najis bagi membolehkan  air dalam kepala boleh dikeluarkan. Doktor menjangkakan penggunaan tiub ini perlu digunakan oleh Adam sehingga umurnya mencapai 25 tahun.

Doktor mengesahkan bahawa keadaan Adam dari aspek tingkahlaku hariannya tidak seaktif seperti kanak-kanak lain. Biaya keseluruhan untuk perubatan dan pembedahan mencecah 80,000,000 hingga ke 100,000,000 juta rupiah atau lebih kurang RM 35,000 Ringgit Malaysia. Sebelum pembedahan dijalankan, adam mesti dirawat untuk penyembuhan demam. Menurut  pemeriksaan doktor, adam juga dihinggapi penyakit tbc dalam otak setelah masuk wad seminggu. Adam masih belum ada perubahan terhadap keadaannya seperti yang sangat lemah, tangan tidak boleh bergerak, kepala tidak boleh diangkat, tidak boleh duduk dan hanya boleh ditidurkan  melintang sahaja.  Selepas mendapatkan rawatan selama seminggu di Hospital  Elyzabet,  kasman mengambil keputusan untuk bawa ke Pulau Pinang, Malaysia. Saya menjemput kasman sekeluarganya di airport Bayan Lepas untuk membawa mereka ke Hospital Lamwah ee. Setibanya disana, rupanya di hospital tersebut tidak ada pakar otak kanak-kanak dan pihak Hospital Lamwah ee mengarahkan kami ke Hospital Pantai Mutiara untuk mendapatkan rawatan.

Setelah bertemu bual dengan Doktor Pantai Mutiara, penjelasannya juga sama. lebih murah dibandingkan dengan di medan iaitu lebih kurang RM15,000. Pada keesokan harinya, saya bercerita sedikit tentang ilmu perubatan tradisional  kepada kasman dengan cara perubatan tradisional yang dipimpin oleh  seorang guru kesayangan saya yang bernama (TJ –Tok Jingga) dan pada malam itu juga kami menuju ke rumah  tj  dengan pembantu beliau dengan panggilan mesra “Tan”, menuju ke sungai petani untuk perubatan cara tradisional. Tj  melaksanakan tugasnya dengan pantas yang mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. keesokan harinya, perubahan pada adam sangat ketara, wajahnya kelihatan cerah dan ceria, mula ketawa, tangan mula boleh bergerak. kami pun berusaha sebanyak 3 kali ke rumah tj untuk melanjutkan perubatan. Pada ketika ini, adam sudah berada di meulaboh aceh barat. Hasilnya,  dia  mulai ceria seperti kanak kanak lainnya, sudah boleh tidur berbaring, duduk, melintang dan merangkak. Pihak keluarga kasman di seluruh aceh, Indonesia sangat terharu dan berterima kasih serta bersyukur kepada yang Maha kuasa, dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada TJ sekeluarga dan ahli-ahli perubatan Tj. SEGALA PENYEMBUHAN ADALAH KUASA ALLAH S.W.T. KAMI HANYA BERUSAHA.


Disediakan oleh:
Supardi nyak diwan hs.
Tmn.pelangi 14 des 2010
 Diubahsuai oleh penulis blog(Hafizi)

No comments:

Post a Comment