Monday, October 1, 2012

Anak diambil bunian??


Kisah ini berlaku di suatu desa di sungai petani, kedah yang dihuni oleh satu keluarga yang di rundung pelbagai masalah. Kisah ini bukanlah untuk memaparkan aib sekeluarga ini tetapi hanya sebagai pengajaran kepada pembaca bagi menjalani kehidupan akan datang.

Bermulanya kisah ini apabila suami keluarga ini mengalami sakit kepala selama 22 tahun dan isterinya pula sebagai seorang bidan mengalami masalah tidak boleh buang air besar selama satu minggu selepas mandikan mayat dikampungnya. Inilah punca yang menyebabkan pertemuan mereka dengan Tok Jingga (tj). Alhamdulillah, Berjaya penyakit ini diubati oleh tj.

            Apa yang memelikkan disini adalah sikap pesakit terhadap tj. Sikap angkuh si ibu ini yang mempunyai kemahiran dalam bidang bidan. si bidan ini pernah berkata bahawa ilmunya lebih tinggi dan hebat daripada tj. Perbuatan ini seolah-olah mencabar tj. Tj mengetahui hal ini daripada sahabat tj dan tj tidak mengambil apa-apa tindakan atas penyataan yang dibuat oleh si bidan tadi malah diterima dengan tenang. Tanpa disedari, perbuatan si bidan ini menyebabkan ada pihak yang tidak dapat menerima perbuatan ini.
Pada suatu hari, anak si bidan ini mengandung dan membuat pemeriksaan di klinik yang usia kandungannya 7 bulan, menanti ketibaan dan kelahiran anak kesayangan mereka. Sebagai seorang bidan dan ibu kepada anaknya yang bakal melahirkan anak, membuat harapannya membuak-buak menantikan tibanya masa itu. Pada suatu malam, anak kepada si bidan ini bermimpi dia sedang melahirkan anaknya yang dikandungkan itu dan satelah sedar dari tidur dia dapati perutnya kempes dan bayi yang berada dalam kandungannya telah hilang. Dia menjadi binggung dan meraung kesedihan. Perut yang kembung sebelum ini seolah-olah hanyalah angin yang terperangkap di bahagian perut. Apa yang sebenarnya berlaku? Persoalan inilah yang menjadi bahan pikir kepada ibu tersebut.
Pada malamnya anak bidan tersebut bersama keluarganya  ke rumah tj. sewaktu itu tj sedang mengubati pesakit. keadaan mulai kecoh apabila anak si bidan ini dalam keadaan menagis meminta balik bayinya daripada tj. pesakit lain semua tercengang. adakah tj yang mencuri bayi tersebut? Tj sendiri terkejut dengan kata-kata si anak bidan ini. selepas itu barulah dia  ceritakan yang bayinya yang hilang itu tj yg bidankan,  bukan ibu mertuanya sebagaimna yang di harapkan di dalam mimpi tersebut. Setelah diamati oleh tj barulah tahu bahawa anaknya telah di ambil bunian gara-gara perbuatan ibunya yang seolah-olah mencabar tj sebelum ini. Tj telah menenangkan beliau dan mengatakan anaknya tidak dapat dikembalikan dan hanya boleh menolong beliau untuk melihat anak itu berada dimana.

Beliau bersetuju dan tj telah mengarahkan beliau memejamkan matanya. Tiba-tiba beliau berada di sebuah kampung di alam lain. Tj bertanya kepada beliau “adakah kamu dapat melihat saya?” “Ya”  jawab beliau dan tj menyuruh beliau mengikuti tj berjalan menyusul sebuah lorong di dalam kampung tersebut. Dia mengikuti saya sehingga sampai di sebuah rumah yang pintunya terbuka dan di dalamnya ada seorang perempuan yang sedang menghayun buaian namum membelakangkan pintu. tj menyuruh uruh beliau melihat di dalam buaian tersebut.  Ternampaklah seorang bayi lelaki. beliau cuba masuk ke dalam rumah tersebut namun tak boleh untuk melangkah dan tj berkata bahawa beliau tidak boleh masuk ke dalam rumah tersebut beliau terus menangis teresak-esak. Selepas itu, tj mengajak dia beredar dari situ. Dalam keadaan hampar, tj dan beliau beredar. Beliau sedar dan menangis lalu tj memujuknya dan mengatakan untuk mendapat anaknya balik adalah agak mustahil namun tj akan membantunya agar dia dapat untuk berjumpa dengan anaknya itu di dalam mimpi. Pada suatu hari beliau menelefon tj dan memaklumkan bahawa beliau bertemu dengan anak beliau di dalam mimpi.



Pegajaran daripada kisah ini :
1. Sikap sombong dan angkuh  akan dibenci
2. selain dari manusia ada lagi makluk Allah yang tak dapat dilihat dengan mata
3. sebagai manusia yg cukup akalnya belajarlah untuk berterima kasih andainya kita dihulurkan bantuan baik dari segi apa pun walaupun sedikit nilainya
4. sebelum kita lakukan atau katakan sesuatu yang negatif baiklah kita berfikir  terlebih dahulu apakah akibatnya dari perbuatan tersebut