Kisah ini berlaku di suatu desa di
sungai petani, kedah yang dihuni oleh satu keluarga yang di rundung pelbagai
masalah. Kisah ini bukanlah untuk memaparkan aib sekeluarga ini tetapi hanya
sebagai pengajaran kepada pembaca bagi menjalani kehidupan akan datang.
Bermulanya kisah ini apabila suami
keluarga ini mengalami sakit kepala selama 22 tahun dan isterinya pula sebagai
seorang bidan mengalami masalah tidak boleh buang air besar selama satu minggu
selepas mandikan mayat dikampungnya. Inilah punca yang menyebabkan pertemuan
mereka dengan Tok Jingga (tj). Alhamdulillah, Berjaya penyakit ini diubati oleh
tj.
Apa
yang memelikkan disini adalah sikap pesakit terhadap tj. Sikap angkuh si ibu
ini yang mempunyai kemahiran dalam bidang bidan. si bidan ini pernah berkata bahawa ilmunya
lebih tinggi dan hebat daripada tj. Perbuatan ini seolah-olah mencabar tj. Tj
mengetahui hal ini daripada sahabat tj dan tj tidak mengambil apa-apa tindakan
atas penyataan yang dibuat oleh si bidan tadi malah diterima dengan tenang.
Tanpa disedari, perbuatan si bidan ini menyebabkan ada pihak yang tidak dapat
menerima perbuatan ini.
Pada suatu hari, anak si bidan ini
mengandung dan membuat pemeriksaan di klinik yang usia kandungannya 7 bulan,
menanti ketibaan dan kelahiran anak kesayangan mereka. Sebagai seorang bidan
dan ibu kepada anaknya yang bakal melahirkan anak, membuat harapannya
membuak-buak menantikan tibanya masa itu. Pada suatu malam, anak kepada si
bidan ini bermimpi dia sedang melahirkan anaknya yang dikandungkan itu dan satelah sedar dari tidur dia dapati perutnya kempes dan bayi yang
berada dalam kandungannya telah hilang. Dia menjadi binggung dan meraung
kesedihan. Perut yang kembung sebelum ini seolah-olah hanyalah angin yang
terperangkap di bahagian perut. Apa yang sebenarnya berlaku? Persoalan inilah
yang menjadi bahan pikir kepada ibu tersebut.
Pada malamnya anak bidan tersebut bersama keluarganya ke rumah tj.
sewaktu itu tj sedang mengubati pesakit. keadaan mulai kecoh apabila anak si
bidan ini dalam keadaan menagis meminta balik bayinya daripada tj. pesakit lain
semua tercengang. adakah tj yang mencuri bayi tersebut? Tj sendiri terkejut
dengan kata-kata si anak bidan ini. selepas itu barulah dia ceritakan yang bayinya yang hilang itu tj yg
bidankan, bukan ibu mertuanya sebagaimna
yang di harapkan di dalam mimpi tersebut. Setelah diamati oleh tj barulah tahu
bahawa anaknya telah di ambil bunian gara-gara perbuatan ibunya yang
seolah-olah mencabar tj sebelum ini. Tj telah menenangkan beliau dan mengatakan
anaknya tidak dapat dikembalikan dan hanya boleh menolong beliau untuk melihat
anak itu berada dimana.
Beliau bersetuju dan tj telah
mengarahkan beliau memejamkan matanya. Tiba-tiba beliau berada di sebuah
kampung di alam lain. Tj bertanya kepada beliau “adakah kamu dapat melihat
saya?” “Ya” jawab beliau dan tj menyuruh
beliau mengikuti tj berjalan menyusul sebuah lorong di dalam kampung tersebut.
Dia mengikuti saya sehingga sampai di sebuah rumah yang pintunya terbuka dan di
dalamnya ada seorang perempuan yang sedang menghayun buaian namum
membelakangkan pintu. tj menyuruh uruh beliau melihat di dalam buaian
tersebut. Ternampaklah seorang bayi
lelaki. beliau cuba masuk ke dalam rumah tersebut namun tak boleh untuk melangkah
dan tj berkata bahawa beliau tidak boleh masuk ke dalam rumah tersebut beliau
terus menangis teresak-esak. Selepas itu, tj mengajak dia beredar dari situ. Dalam
keadaan hampar, tj dan beliau beredar. Beliau sedar dan menangis lalu tj
memujuknya dan mengatakan untuk mendapat anaknya balik adalah agak mustahil namun
tj akan membantunya agar dia dapat untuk berjumpa dengan anaknya itu di dalam
mimpi. Pada suatu hari beliau menelefon tj dan memaklumkan bahawa beliau
bertemu dengan anak beliau di dalam mimpi.
Pegajaran daripada kisah ini :
1. Sikap sombong dan angkuh akan dibenci
2. selain dari manusia ada lagi makluk Allah yang tak dapat dilihat
dengan mata
3. sebagai manusia yg cukup akalnya belajarlah untuk berterima kasih
andainya kita dihulurkan bantuan baik dari segi apa pun walaupun sedikit
nilainya
4. sebelum kita lakukan atau katakan sesuatu yang negatif baiklah kita
berfikir terlebih dahulu apakah akibatnya dari perbuatan tersebut
ok lah tuuuuu....
ReplyDelete