Wednesday, August 8, 2012

A’an diambil bunian selama sebulan!

kisah ini dipetik daripada majalah. boleh rujuk dengan gambar dibawah.. 

Kalau manusia diculik oleh manusia kita boleh ikhtiar mencari dengan pertolongan pihak polis tapi kalau diculik oleh makhluk ghaib bagaimana? Itulah yang berlaku pada anak Pn.Rodziah bt Tanjali,34 yang telah diambil dan tiada sesiapa yang dapat mencarinya kecuali ditunggu sahaja sehingga dikembalikan pada mereka semula. Mohd Innuddin haikal atau pangilan manjanya A’an dilahirkan pada 9.9.1999 berusia dua tahun waktu diambil pergi oleh “seseorang” tanpa pesanan dengan alas an yang kurang diketahui puncanya.
“saya tak faham mengapa A’an diambil. Mula-mula hanya beberapa jam, kemudian diambil anak saya yang waktu itu berusia 2 tahun, selama sebulan!” jelas Pn.Rodziah sambil memeluk anak kesayangannya A’an, yang berusia 6 tahun sekarang. 


Segala-galanya bermula apabila A’an terlibat dalam kemalangan motosikal. Motor yang ditunggang oleh pekerjanya telah mengalami kemalangan dengan sebuah lori sampah pada ketika mereka suami isteri sedang berniaga di pasar.

“saya diberitahu A’an terperosok dibawah lori manakala pekerja saya yang menunggang motor pecah kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Waktu itu Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya dan pada Tuhan saya serah segala-galanya..” cerita Pn Rodziah yang dipanggil kak long oleh ahli keluarga.
Rupanya tuhan masih sayangkan A’an apabila beliau terselamat tanpa kecederaan walaupun terperosok dibawah lori! Walaubagaimanapun pihak polis mahu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut risau jika ada kecerdaan dalaman.

“Di hospital, A’an dimasukkan ke wad kanak-kanak dan saya menemani beliau sepanjang malam. Pada pukul 1:30 pagi, apabila saya terjaga dari tidur, saya dapati A’an tiada di atas katil.
Saya panic dan terus memanggil doktor dan jururawat. Kami seua mencari A’an namum tidak berjumpa. Setelah puas mencari hingga terpaksa meminta bantuan dari pihak polis tiba-tiba saja A’an muncul semula menjelang waktu subuh.


“Kemunculannya sangat menghairankan semua kerana A’an yang tadi berpakaian hospital kini berjubah dan dikelilinginya berbagai barang seperti Al-quran lama, keris-keris, batu-batu dan macam-macam lagi yang dibalu dalam kain kuning, hitam dan merah,” cerita Kak Long lagi maka dari situ bermulalah berbagai kisah misteri..

Selepas dibenarkan keluar wad keesokannya, mereka pulang ke kampong menceritakan kepada keluarga. Menurut datuk A’an Pak cik tanjali, semasa A’an datang ke rumahnya, dari jauh beliau Nampak A’an membawa sebilah keris yang unik. 

“ saya sangkakan keris itu dibeli di Central Market atau keris mainan sahaja, tapi semakin lama saya dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa tentang keris itu. Saya mahu melihat tetapi tidak dibenarkan oleh A’an kerana katanya ; “keris ini A’an yang punya..” Apabila saya meminta izin cara kebatinan barulah dibenarkan saya melihatnya dan sebetulnya ia adalah keris yang sangat istimewa dan unik sekali,” jelas pakcik Tanjali.

“suatu malam semasa masih di kampong, sekali lagi kami dikejutkan dengan kehilangan A’an dengan tiba-tiba. Memandangkan dibelakang rumah hanya semak samun dan kawasan perkuburan sahaja, kami memanggil pasukan bomba dan polis untuk mencari A’an, malangnya tidak berjumpa walau telah habis diredah semak belukar disitu. Namun menjelang subuh barulah A’an muncul semula dengan tiba-tiba,” cerita kak Long pula.

Kebetulan pakcik Tanjali (datuk A’an) ada seorang kawan bernama nordin yang telah memperkenalkan rakannnya yang sangat pandai tentang ilmu kebatinan bernama Tok Jingga. Apabila diceritakan kepada Tok Jingga, mereka putuskan mahu berdialog dengan makhluk yang mwmbawa A’an pergi secara ghaib itu. Dalam dialog yang diketua oleh Tok Jingga, makluk ghaib yang bertanggungjawab mengambil A’an telah memperkenalkan dirinya dengan nama ‘ Tok Jana’

Menurut Tok Jana, dia adalah penjaga Putra, yakni gelaran yang diberikan kepada A’an dan barang-barang yang diperolehi adalah milik Putra tetapi meminta sebilah keris pemberiannya diberikan kepada Tok Jingga untuk dijaga selama #minggu. Selepas #minggu Tok Jingga menyerahkan kembali keris itu, tetapi tok Jana meminta pula & orang anak murid Tok Jingga untuk memandikan Putra dengan merendamkan batu yang diberikan dalam air mandian dan membaca surah Yusuf, Surah Yassin dan Marhaban sebanyak 3 kali.
Selepas selesai, Tok Jana telah mengagihkan barang pemberiannya kepada kami seperti batu cincin, keris dan lain-lain supaya disimpan dengan baik-baik memandangkan A’an masih kecil.” Cerita pakcik Tanjali.
Apabila balik semula ke kuala lumpur, sekali lagi A’an diambil, tetapi kali ini sangat lama. A’an pergi tanpa khabar berita membimbangkan Pn Rodziah.

Lalu mereka mengadakan sembahyang beramai-ramai di masjid untuk memohon petunjuk dari Yang Esa.
Selesai sembahyang,seorang tua dari jemaah kami yang ramai itu telah muncul ke hadapan memberitahu bahawa A’an pergi tak lama. Sebulan sahaja kemudian dia akan dipulangkan kembali, kata orang itu. Alhamdulillah, selepas itu memang A’an kembali selepas pergi segenap sebulan dan kami bersyukur,” tambah Pn Rodziah.

“Kemudian A’an dibawa balik kampong bertemu Tok Jingga sekali lagi supaya dapat membantu agar A’an tidak diambil lagi. Atas bantuan Tok Jingga, beliau berdialog dengan tok jana, meminta agar tidak diambil lagi A’an melainkan ketika mimpi sahaja. Semejak itu A’an tidak diambil lagi hingga ke hari ini.,”cerita Pak cik Tanjali yang kemudiannya telah menjadi anak murid tok jingga untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang ilmu kebatinan.

6 comments:

  1. as salam... saya aan yang diceritakan dalam buku tersebut... apa syarat jika saya mahu mengambil semua barang tersebut... sekian...

    ReplyDelete
  2. as salam saya aan... yang diceritakan tadi... saya mahu tanya jika saya mahu mengambil semua barang tersebut... apakah syaratnya.. sekian

    ReplyDelete
  3. Tok jinnga sudah mnggal ka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tok jingga sudah meninggal dunia

      Delete