Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Berkenaan dengan tajuk dia atas, saya ingin berkongsi
pengalaman pahit saya apabila terlibat dengan satu jenis penyakit yang sukar
diterima oleh akal fikiran kita iaitu “santau”. Santau adalah sejenis sihir yang digunakan
untuk melumpuhkan atau membunuh seseorang tanpa boleh dikesan atau diubati
dengan menggunakan cara perubatan moden. Santau akan bergerak dari satu organ
ke organ utama seperti jantung, paru-paru dan hati dahulu seterusnya ia akan
merebak atau menjejaskan organ-organ lain. Terdapat 2 jenis santau iaitu serbuk
dan cecair. Terdapat 3 cara terkena santau iaitu makanan, minuman dan angin.
Di
hari saya disantau, saya pergi ke Pusat komputer untuk menghabiskan masa lapang
saya. Selepas beberapa jam kemudian saya berasa sudah tiba masa saya untuk “lunch”.
Saya pergi di kedai yang berdekatan. Saya memakan semangkuk bihun sup dan
terasa masih lapar. Saya pun terus membeli lagi semangkuk bihun sup. Mangkuk
bihun sup yang kedua ini lah yang membuat saya terlibat dengan santau.
Saya
pada mulanya terasa aneh dan pelik dengan rasa hidangan mangkuk kedua ini. Saya
menganggap tiada apa-apa. Apabila 2 hingga 3 jam berlalu, saya terasa badan
saya pelik dari segi suhu badan, sakit dada, pening dan dengupan jantung
semakin kuat dari biasa. Saya terus pulang ke rumah dan berehat. Saya tidak
mampu berdiri lama dan hanya mahu berbaring sahaja. Semakin lama semakin kuat
sakit saya. Kebetulan kawan saya daripada Pahang ingin pulang ke Pusat pengajian.
Saya mengambil beliau di Sungai Petani. Dalam perjalanan saya mengambil beliau
dengan ditemani sahabat-sahabat saya, badan saya mula menjadi kebas dan tidak
mampu bergerak dari kaki ke pinggang, terus ke badan dan tangan. Saya tidak
mampu bergerak dengan baik. Saya meminta tolong sahabat saya untuk membawa saya
bertemu dengan Tok Jingga atau nama singkatannya “TJ”. Setibanya saya di rumah
TJ, saya dipapah oleh sahabat saya untuk masuk bertemu TJ. Pada waktu itu saya
merasakan seperti ajal saya sudah tiba. Begitu perit dan pedih penderitaan saya
walaupun belum sampai sehari.
Sewaktu
perubatan, TJ mengatakan semangkuk bihun adalah punca kepada santau ini. Ada
anak muda yang ingin menguji ilmunya. Begitu kejam manusia sekarang sehingga
tidak memperdulikan nyawa manusia lain dalam mencapai matlamatnya.
Alhamdullillah selepas saya menjalani perubatan daripada TJ saya dalam
lingkungan 10 minit daripada hampir lumpuh terus boleh duduk dan berjalan. Saya sangat bersyukur kepadaAllah
kerana memulihkan saya seperti sedia kala dan terima kasih yang tidak terkira
kepada TJ juga kerana telah berusaha dan menolong saya. Terima kasih Ya Allah
kerana menemukan saya dengan Guru seperti TJ. Bukan sahaja belajar tentang
perubatan sebenarnya malah mengajar menjadi manusia yang baik. Terima kasih TJ.
Jasa mu dikenang.
No comments:
Post a Comment