(gambar diatas bukan la gambar sebenar kepada cerita ini, hanya sekadar gambaran)
Memancing merupakan
salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan, malah boleh mengurangkan
tekanan-tekanan yang di hadapi oleh kita dalam kehidupan seharian. Bukan itu
sahaja, aktiviti ini juga menjadi hobi yang sangat diminati oleh sesetengah
orang. Inilah aktiviti yang dilakukan oleh 4 orang anak muda untuk mengisi masa
lapang mereka (kawasan dan nama mereka dirahsiakan).
Mereka berempat iaitu 3
orang lelaki dan seorang perempuan telah merancang untuk mengisi masa lapang
mereka. Kisah ini bermula di sini. Dalam perjalanan mereka menuju ke tempat
yang mereka hajati dengan berkenderaankan kereta, mereka seperti terlangar
sesuatu dan kedengaran bunyi yang kuat hasil pelangaran tadi. Mereka berasa
hairan apakah yang dilanggar oleh mereka. Mereka melihat di sekeliling. Tiada
apa pun yang mereka dapat lihat. Mereka teruskan perjalanan ini dengan tidak
kuatir akan apa yang mereka langgar sebentar tadi.
Sewaktu dalam “mood
memancing” berlaku satu kejadian pelik. Salah seorang daripada mereka iaitu
perempuan tadi seperti terkena hysteria, hampir hilang kawalan dan menimbulkan
rasa kerisauan di kalangan mereka. Tanpa berfikir panjang mereka terus
mengangkat perempuan ini pulang dan bertemu dengan bomoh. Bomoh tadi dikatakan telah membuat ikatan
atau mengurung maklus halus yang menganggu mereka sebentar tadi. Hidup mereka
pulih seperti sedia kala.
Beberapa hari kemudian
perempuan ini diganggu lagi oleh mahkluk halus. Mereka bertemu dengan banyak
bomoh tapi masih menemui jalan buntu. Suatu hari ditakdirkan mereka pergi ke
sidam, kedah untuk mendapatkan rawatan (sidam merupakan tempat dahulu tj
menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid yang mana sekarang ini tempat ini
berpindah di rumah abang Atan). Mereka dirawati oleh tj. Tj berkomunikasi dengan
mahkluk tersebut. Dikatakan mahkluk itu mahu keempat-empat meraka meminta maaf
kepadanya kerana mereka melanggar adiknya sewaktu dalam perjalanan memancing
dan mereka telah mengurung emaknya (hal ini berlaku sewaktu mereka bertemu
dengan bomoh selepas perempuan ini seperti terkena hysteria). Makhluk ini
berkata akan membalas dendam dan membunuh mereka seandainya mereka tidak
menyelesaikan semua ini. Tj menyuruh mereka untuk pergi bertemu tj di sungai
petani dan membawa bersama mereka bertiga yang lain seperti mana yang
dikehendaki oleh mahkluk itu.
Apabila mereka berempat
bertemu tj di sungai petani, kedah iaitu di rumah tj, bermulalah rawatan tj.
Berlakulah komunikasi antara makluk ini dengan tj. Tj mendapati ramai mahkluk
lain turut serta datang dan menunggu di luar rumah tj. Tj pun bertanya “kenapa
ramai dari kalangan kamu turut serta datang di sini?” jawab makhluk itu “
aku kuathir engkau menanayai aku” ( dialog ini adalah di tulis semula, agak
kurang tepat tetapi maksud yang sama). Makluk itu mahu mereka berempat meminta
maaf daripadanya seandainya mahu masalah ini selesai dan mahkluk ini mahu
perempuan ini melihat siapakah sebenar diri makluk halus ini dengan
berpalingnya muka disebelah. Perempuan itu ketakutan dan tidak mahu melihatnya.
Makluk itu berkata beliau tidak akan berhenti menganggu selagi perempuan ini
tidak melihatnya. Akhirnya gadis tersebut memalingkan mukanya dan terus
menjerit dan pengsan. Selepas sedarnya perempuan itu, orang yang menyaksikan
kejadian ini menanyakan apa yang dilihat beliau. Beliau melihat seperti seorang
perempuan yang cantik tetapi sebelah mukanya yang sangat hodoh. Itulah sebab
beliau pengsan. Selain daripada itu, tj juga turut melepaskan ikatan atau
kurungan yang dibuat oleh bomoh untuk mengurung ibunya.
Masalah ini sudah
selesai. Diharapkan diambil ikhtibar dalam article kali ini. Sememangnya pelik
kes ini tetapi inilah realitinya.