Monday, September 3, 2012

Dendam Makluk Halus


               (gambar diatas bukan la gambar sebenar kepada cerita ini, hanya sekadar gambaran)
        Memancing merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan, malah boleh mengurangkan tekanan-tekanan yang di hadapi oleh kita dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga menjadi hobi yang sangat diminati oleh sesetengah orang. Inilah aktiviti yang dilakukan oleh 4 orang anak muda untuk mengisi masa lapang mereka (kawasan dan nama mereka dirahsiakan). 

            Mereka berempat iaitu 3 orang lelaki dan seorang perempuan telah merancang untuk mengisi masa lapang mereka. Kisah ini bermula di sini. Dalam perjalanan mereka menuju ke tempat yang mereka hajati dengan berkenderaankan kereta, mereka seperti terlangar sesuatu dan kedengaran bunyi yang kuat hasil pelangaran tadi. Mereka berasa hairan apakah yang dilanggar oleh mereka. Mereka melihat di sekeliling. Tiada apa pun yang mereka dapat lihat. Mereka teruskan perjalanan ini dengan tidak kuatir akan apa yang mereka langgar sebentar tadi. 

            Sewaktu dalam “mood memancing” berlaku satu kejadian pelik. Salah seorang daripada mereka iaitu perempuan tadi seperti terkena hysteria, hampir hilang kawalan dan menimbulkan rasa kerisauan di kalangan mereka. Tanpa berfikir panjang mereka terus mengangkat perempuan ini pulang dan bertemu dengan  bomoh. Bomoh tadi dikatakan telah membuat ikatan atau mengurung maklus halus yang menganggu mereka sebentar tadi. Hidup mereka pulih seperti sedia kala. 

            Beberapa hari kemudian perempuan ini diganggu lagi oleh mahkluk halus. Mereka bertemu dengan banyak bomoh tapi masih menemui jalan buntu. Suatu hari ditakdirkan mereka pergi ke sidam, kedah untuk mendapatkan rawatan (sidam merupakan tempat dahulu tj menyampaikan ilmu kepada anak-anak murid yang mana sekarang ini tempat ini berpindah di rumah abang Atan). Mereka dirawati oleh tj. Tj berkomunikasi dengan mahkluk tersebut. Dikatakan mahkluk itu mahu keempat-empat meraka meminta maaf kepadanya kerana mereka melanggar adiknya sewaktu dalam perjalanan memancing dan mereka telah mengurung emaknya (hal ini berlaku sewaktu mereka bertemu dengan bomoh selepas perempuan ini seperti terkena hysteria). Makhluk ini berkata akan membalas dendam dan membunuh mereka seandainya mereka tidak menyelesaikan semua ini. Tj menyuruh mereka untuk pergi bertemu tj di sungai petani dan membawa bersama mereka bertiga yang lain seperti mana yang dikehendaki oleh mahkluk itu.

            Apabila mereka berempat bertemu tj di sungai petani, kedah iaitu di rumah tj, bermulalah rawatan tj. Berlakulah komunikasi antara makluk ini dengan tj. Tj mendapati ramai mahkluk lain turut serta datang dan menunggu di luar rumah tj. Tj pun bertanya “kenapa ramai dari kalangan kamu turut serta datang di sini?” jawab makhluk itu “ aku kuathir engkau menanayai aku” ( dialog ini adalah di tulis semula, agak kurang tepat tetapi maksud yang sama). Makluk itu mahu mereka berempat meminta maaf daripadanya seandainya mahu masalah ini selesai dan mahkluk ini mahu perempuan ini melihat siapakah sebenar diri makluk halus ini dengan berpalingnya muka disebelah. Perempuan itu ketakutan dan tidak mahu melihatnya. Makluk itu berkata beliau tidak akan berhenti menganggu selagi perempuan ini tidak melihatnya. Akhirnya gadis tersebut memalingkan mukanya dan terus menjerit dan pengsan. Selepas sedarnya perempuan itu, orang yang menyaksikan kejadian ini menanyakan apa yang dilihat beliau. Beliau melihat seperti seorang perempuan yang cantik tetapi sebelah mukanya yang sangat hodoh. Itulah sebab beliau pengsan. Selain daripada itu, tj juga turut melepaskan ikatan atau kurungan yang dibuat oleh bomoh untuk mengurung ibunya. 

            Masalah ini sudah selesai. Diharapkan diambil ikhtibar dalam article kali ini. Sememangnya pelik kes ini tetapi inilah realitinya. 

No comments:

Post a Comment