Sunday, September 2, 2012

Pangkat punya pasal???



      Hospital merupakan medium pesakit mendapatkan rawatan secara moden dan efektif bagi menjalani kehidupan seharian yang sihat. Secara jujurnya, pernahkah anda terfikir bahawa doktor menghidapi penyakit yang kritikal? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kebanyakkan kita berfikir bahawa doktor memiliki kesihatan yang baik oleh kerana mereka memiliki  pegetahuan yang tinggi dalam bidang penjagaan kesihatan. Walaubagaimanapun, doktor adalah manusia biasa yang dijadikan Tuhan mempunyai kelemahan-kelemahan yang mungkin dan tidak dapat diatasi.

       Disini ada kisah benar yang melibatkan seorang doktor yang berkhidmat di hospital di kawasan utara-malaysia mengalami penyakit yang sangat pelik. Penderitaannya bermula apabila beliau menaiki pangkat yang lebih tinggi di hospital tersebut. Disebabkan pangkat yang baru diraih itu beliau menghadapi cubaan dan dugaan ini dalam kehidupan. Ada yang suka dan ada yang cemburu dan ada pula yang terasa atau makan hati oleh sikap beliau setelah meraih kenaikan pangkat.

      Selepas sekian waktu, doktor ini dikatakan mengidapi demam panas dan ditempatkan di hospital. Dalam tempoh dua hari sahaja kondisi doktor berkenaan menjadi semakin parah. Badannya menjadi hitam seperti badannya dibakar. Doktor yang merawat beliau pening dan tidak dapat mengesan apakah jenis penyakit dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian.  Akhirnya beliau dipindahkan ke hospital pakar dalam mendapatkan rawatan yang lebih baik. Begitu juga berlaku pada doktor pakar yang akhirnya membuat keputusan untuk menempatkan beliau di bilik khas untuk mendapatkan rawatan perubatan traditional.

      Berbagai ahli perubatan traditional cuba mengubatinya tetapi masih pada hasil yang sama. Akhirnya, tj dan anak muridnya iaitu abg atan bertemu dengan pesakit. Menurut abang atan, pesakit tersebut seperti telur di hujung tanduk. Hanya menunggu masa untuk menghembuskan nafas terakhir. Tj dan abang atan berusaha mengubati pesakit tersebut. Dengan izin Allah S.W.T, beliau yang badan kehitaman tadi kembali seprti sediakala. Hanya kaki daripada buku lali kaki sahaja dan hujung-hujung jari terpaksa dipotong oleh doktor akibat lambat mendapatkan rawatan yang berkesan. Dikatakan bahagian yang dipotong ini tidak dapat berfungsi kerana perbuatan ini disebabkan oleh sihir yang mana tukang sihir tersebut telah memuja patung dan dibakar sebagai proses menyihir beliau. Kesan bakar ini menyebabkan bahagian buku lali kebawah dan hujung jari dipotong (bahagian ini seperti orang yang terbakar dan memberi kesan dalaman dan luar fizikal).

     Disebabkan pangkat dan personality yang kurang diterima oleh orang lain menimbulkan iris hati dan dendam. Busuknya hati manusia yang menganayai orang lain sehingga hampir meragut nyawa.  Alhamdulillah beliau sekarang masih hidup seperti manusia lain. Semuanya dengan keizinan Allah S.W.T.

Ambillah iktibar dari cerita ini……

No comments:

Post a Comment