kisah ini dipetik daripada majalah. boleh rujuk dengan gambar dibawah..
Kalau manusia diculik oleh manusia kita
boleh ikhtiar mencari dengan pertolongan pihak polis tapi kalau diculik oleh
makhluk ghaib bagaimana? Itulah yang berlaku pada anak Pn.Rodziah bt Tanjali,34
yang telah diambil dan tiada sesiapa yang dapat mencarinya kecuali ditunggu
sahaja sehingga dikembalikan pada mereka semula. Mohd Innuddin haikal atau
pangilan manjanya A’an dilahirkan pada 9.9.1999 berusia dua tahun waktu diambil
pergi oleh “seseorang” tanpa pesanan dengan alas an yang kurang diketahui
puncanya.
“saya tak faham mengapa A’an diambil.
Mula-mula hanya beberapa jam, kemudian diambil anak saya yang waktu itu berusia
2 tahun, selama sebulan!” jelas Pn.Rodziah sambil memeluk anak kesayangannya
A’an, yang berusia 6 tahun sekarang.
Segala-galanya bermula apabila A’an
terlibat dalam kemalangan motosikal. Motor yang ditunggang oleh pekerjanya
telah mengalami kemalangan dengan sebuah lori sampah pada ketika mereka suami
isteri sedang berniaga di pasar.
“saya diberitahu A’an terperosok dibawah
lori manakala pekerja saya yang menunggang motor pecah kepala dan meninggal
dunia di tempat kejadian. Waktu itu Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan
saya dan pada Tuhan saya serah segala-galanya..” cerita Pn Rodziah yang
dipanggil kak long oleh ahli keluarga.
Rupanya tuhan masih sayangkan A’an apabila
beliau terselamat tanpa kecederaan walaupun terperosok dibawah lori!
Walaubagaimanapun pihak polis mahu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut risau jika ada kecerdaan dalaman.
“Di hospital, A’an dimasukkan ke wad
kanak-kanak dan saya menemani beliau sepanjang malam. Pada pukul 1:30 pagi,
apabila saya terjaga dari tidur, saya dapati A’an tiada di atas katil.
Saya panic dan terus memanggil doktor dan
jururawat. Kami seua mencari A’an namum tidak berjumpa. Setelah puas mencari
hingga terpaksa meminta bantuan dari pihak polis tiba-tiba saja A’an muncul
semula menjelang waktu subuh.
“Kemunculannya sangat menghairankan semua
kerana A’an yang tadi berpakaian hospital kini berjubah dan dikelilinginya
berbagai barang seperti Al-quran lama, keris-keris, batu-batu dan macam-macam
lagi yang dibalu dalam kain kuning, hitam dan merah,” cerita Kak Long lagi maka
dari situ bermulalah berbagai kisah misteri..
Selepas dibenarkan keluar wad keesokannya,
mereka pulang ke kampong menceritakan kepada keluarga. Menurut datuk A’an Pak
cik tanjali, semasa A’an datang ke rumahnya, dari jauh beliau Nampak A’an
membawa sebilah keris yang unik.
“ saya sangkakan keris itu dibeli di
Central Market atau keris mainan sahaja, tapi semakin lama saya dapat rasakan
ada sesuatu yang istimewa tentang keris itu. Saya mahu melihat tetapi tidak
dibenarkan oleh A’an kerana katanya ; “keris ini A’an yang punya..” Apabila
saya meminta izin cara kebatinan barulah dibenarkan saya melihatnya dan
sebetulnya ia adalah keris yang sangat istimewa dan unik sekali,” jelas pakcik
Tanjali.
“suatu malam semasa masih di kampong,
sekali lagi kami dikejutkan dengan kehilangan A’an dengan tiba-tiba.
Memandangkan dibelakang rumah hanya semak samun dan kawasan perkuburan sahaja,
kami memanggil pasukan bomba dan polis untuk mencari A’an, malangnya tidak
berjumpa walau telah habis diredah semak belukar disitu. Namun menjelang subuh
barulah A’an muncul semula dengan tiba-tiba,” cerita kak Long pula.
Kebetulan pakcik Tanjali (datuk A’an) ada
seorang kawan bernama nordin yang telah memperkenalkan rakannnya yang sangat
pandai tentang ilmu kebatinan bernama Tok Jingga. Apabila diceritakan kepada
Tok Jingga, mereka putuskan mahu berdialog dengan makhluk yang mwmbawa A’an
pergi secara ghaib itu. Dalam dialog yang diketua oleh Tok Jingga, makluk ghaib
yang bertanggungjawab mengambil A’an telah memperkenalkan dirinya dengan nama ‘
Tok Jana’
Menurut Tok Jana, dia adalah penjaga Putra,
yakni gelaran yang diberikan kepada A’an dan barang-barang yang diperolehi
adalah milik Putra tetapi meminta sebilah keris pemberiannya diberikan kepada
Tok Jingga untuk dijaga selama #minggu. Selepas #minggu Tok Jingga menyerahkan
kembali keris itu, tetapi tok Jana meminta pula & orang anak murid Tok
Jingga untuk memandikan Putra dengan merendamkan batu yang diberikan dalam air
mandian dan membaca surah Yusuf, Surah Yassin dan Marhaban sebanyak 3 kali.
Selepas selesai, Tok Jana telah
mengagihkan barang pemberiannya kepada kami seperti batu cincin, keris dan
lain-lain supaya disimpan dengan baik-baik memandangkan A’an masih kecil.”
Cerita pakcik Tanjali.
Apabila balik semula ke kuala lumpur,
sekali lagi A’an diambil, tetapi kali ini sangat lama. A’an pergi tanpa khabar
berita membimbangkan Pn Rodziah.
Lalu mereka mengadakan sembahyang
beramai-ramai di masjid untuk memohon petunjuk dari Yang Esa.
Selesai sembahyang,seorang tua dari jemaah
kami yang ramai itu telah muncul ke hadapan memberitahu bahawa A’an pergi tak
lama. Sebulan sahaja kemudian dia akan dipulangkan kembali, kata orang itu.
Alhamdulillah, selepas itu memang A’an kembali selepas pergi segenap sebulan
dan kami bersyukur,” tambah Pn Rodziah.
“Kemudian A’an dibawa balik kampong bertemu
Tok Jingga sekali lagi supaya dapat membantu agar A’an tidak diambil lagi. Atas
bantuan Tok Jingga, beliau berdialog dengan tok jana, meminta agar tidak
diambil lagi A’an melainkan ketika mimpi sahaja. Semejak itu A’an tidak diambil
lagi hingga ke hari ini.,”cerita Pak cik Tanjali yang kemudiannya telah menjadi
anak murid tok jingga untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang ilmu
kebatinan.